11 July 2014

Kekal Sihat Dan Cergas Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua.. Dah lebih 1/3 bulan kita berpuasa.. Anda bagaimana? Adakah masih bertenaga untuk menghabiskan puasa lagi 2/3 bulan? Atau semakin hari semakin lemau dibuatnya..

Okeylah, meh kita baca sedikit info yang boleh menambahkan kecergasan anda malah kekal sihat di bulan yang mulia ini..



Apa yang sering terjadi apabila tiba waktu berbuka atau bersahur, kebiasaannya kita akan membeli atau memasak sendiri makanan yang diingini tanpa memikirkan nilai dan khasiat makanan yang diambil. Sebenarnya, kualiti pemakanan perlu dititik beratkan untuk memastikan tubuh kita kembali menerima tenaga yang telah digunakan sepanjang hari. Amalkan pemakanan seimbang untuk memastikan semua sumber yang diperlukan oleh tubuh seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air diambil dalam jumlah yang sesuai dan mencukupi sepanjang menjalani ibadah berpuasa.

1 Mulakan berbuka dengan kurma. Ia kaya dengan karbohidrat ringkas dan akan terus diserap oleh badan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh yang seharian berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan rendah lemak dan tinggi serat, baik untuk kesihatan

2 Pulihkan kembali tenaga saat berbuka dengan menikmati hidangan berasaskan karbohidrat yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandungi gula akan dapat mengembalikan secara segera tenaga yang hilang. Sebaiknya segerakan waktu berbuka bila tiba masanya dan jangan di tangguh-tangguh.

3 Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak daripada binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga anda perlu meminimumkan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat.

4 Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah daripada minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.

5 Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Dikatakan makanan yang masin seperi ikan masin atau pun telur asin jika dimakan ketika sahur boleh menyebabkan anda berasa terlalu dahaga di waktu siang harinya.

6 Kurangkan mengambil makanan yang bergoreng atau berlemak. Makanan jenis ini boleh menyebabkan ketidak hadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati.

7 Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana anda memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.




Sumber dan gambar kredit dari impiana 

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..