13 January 2014

Wanita Perlu Lebih Tidur

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin buat semua.. Tidur, semua orang perlu tidur.. Kanak2 perlu tidur sekitar 8 jam, orang dewasa sekitar 6 jam dan sebagainya.. 

Tahukah korang yang wanita perlu lebih tidur berbanding lelaki.. Alasannya, meh kita jenguk apa yang menyebabkan wanita perlu lebih tidur berbanding lelaki..


Wanita yang kurang tidur dikatakan sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

 
Otak lakukan banyak tugas pada siang hari ambil masa pulih

Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki?

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report. 


Risiko penyakit jantung

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.

Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.

Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough.

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. 





Sumber dari  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wanitaperlulebihtidur/Article/



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..