29 May 2013

Istilah Berkaitan Khinzir

Assalamualaikum semua.. Khinzir atau lebih dikenali sebagai babi memang kita tidak boleh makan atau pegang.. Tapi adakah kita sedari bahawa babi juga mempunyai istilah lain yang digunakan bagi membezakan dari pelbagai jenis.. Apapun mari saya berkongsi dengan korang semua apa yang saya jumpa dalam facebook..



 
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi'.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1 Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. (Perkataan ini mungkin kita semua dah sedia maklum, dan pernah dengar mengenainya)

2 Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3 Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4 Boar : Babi liar.

5 Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6 Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi. (Ini perlu teliti kalau nak beli atau makan sebab istilah ini merangkumi semua daging yang disalai termasuk babi)

7 Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8 Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9 Sow Milk : Susu babi.

10 Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11 Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.



Ilmu hak umat islam seluruh dunia.. Jadi tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan. Moga Allah S.W.T memelihara kita di dunia dan di akhirat.


 



Sumber dari facebook Suami, Isteri & Doktor


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..