03 April 2013

Metabolisma

Ramai yang kata badan aku nih metabolisme tinggi.. Mana taknya makan, mak aiii tak ingat dunia.. Selalunya makan lebih dari kawan-kawan lagi.. Tapi badan, serupa orang tak cukup makan.. Ada yang suruh makan banyak-banyak nak bagi badan naik.. Sampai ada yang mintak petua apa la yang aku amalkan, badan dok kecik macam ni tak naik-naik.. Rasanya disebabkan metabolisme tinggi kot menyebabkan aku badan macam nih..

Apapun meh aku kongsikan hasil pencarian aku melalui mr. google berkenaan metabolisme dan cara untuk menurunkannya.. Bagi yang ingin kurus, nanti akan aku kongsikan maklumat untuk meningkatkan metabolisme.. Sedikit sebanyak boleh mengurangkan sikit berat badan..




Metabolisme didefinasikan sebagai kadar pembakaran kalori oleh badan. Setiap orang mempunyai kadar metabolisme yang berbeza walaupun mempunyai persamaan dari segi corak kehidupan, cara pemakanan dan menjalankan aktiviti yang sama. Oleh sebab itu, penurunan berat badan seseorang adalah berbeza walaupun mengikut program diet yang sama.

Sesetengah daripada faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme seseorang merupakan faktor semulajadi yang tidak diubah. Di antara faktor tersebut adalah:
  • Umur- pada umur 40 dan ke atas, kadar metabolisme akan menurun sebanyak 5 % pada setiap kenaikan 1 dekad umur.
  • Jantina- kaum lelaki membakar kalori lebih cepat kalori berbanding kaum perempuan.
  • Keturunan
  • Jisim Otot- semakin banyak otot anda maka semakin tinggi kadar metabolisme anda.
Kadar metaboslime badan merupakan salah satu faktor yang paling utama yang akan menentukan kadar penurunan berat badan anda ketika menjalani sesuatu program diet. Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme badan yang tinggi akan lebih mudah menurunkan berat badan walaupun kadar pengambilan kalorinya agak banyak.


10 perkara yang mampu merendahkan kadar metabolisma
 
1Elak mengambil hidangan (Skipping meals)
Ramai yang salah anggap, mengelak hidangan seperti makan malam (kes yang selalu kita dengar) dapat membantu menurunkan berat badan. Benar, berat badan akan turun kerana menolak makan malam akan menyebabkan pengambilan kalori menjadi lebih rendah daripada sepatutnya. Tetapi ingatlah, kesan ini hanyalah sementara, 2-3 hari sahaja.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Apabila kita sering mengelak hidangan, badan akan mendapat signal untuk bertindakbalas kepada kurangnya jumlah kalori yang diambil, dalam erti kata lain badan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan lapar (starvation mode). Menerusi proses penyesuaian ini, badan bukan sahaja menyimpan (conserve) tenaga, malah akan ‘mengarahkan’ semua fungsi penting badan supaya ‘bekerja lebih perlahan’ daripada sebelumnya selari dengan jumlah kalori yang diperolehi (rendah), sekaligus merendahkan kadar metabolisma. Bayangkan badan kita adalah sebuah laptop, manakala kalori yang dibekalkan itu adalah tenaga daripada bateri (tanpa adapter). Perhatikan apa yang akan berlaku jika bateri laptop semakin berkurangan? Apa yang akan terjadi kepada monitor laptop tu? Semakin cerahkah?

2Amalan pemakanan 3 kali sehari
Amalan pemakanan 3 kali sehari kerana sudah menjadi lumrah, dalam kesibukan bekerja, kita mungkin sempat makan 3 kali sahaja sehari, iaitu Sarapan pagi, Makan Tengahari, dan Makan Malam. Aku tidak salahkan sesiapa, malah aku sendiri juga kini sedang berusaha kuat untuk makan 5 kali sehari (faktor sibuk). Makan 3 kali sehari akan merendahkan ‘sedikit’ kadar metabolisma, tambah-tambah jika benda yang kita makan itu adalah karbohidrat ber G.I tinggi (Glycemix Index) seperti nasi putih biasa. Seperti juga situasi yang pertama, memanjangkan waktu di antara dua hidangan memaksa badan kita bertukar kepada ‘starvation mode‘ (berlapar).


3Berpuasa
Berpuasa juga mempunyai kesan yang hampir sama seperti di atas. Yang bezanya, kesan berpuasa cuma sementara. Badan akan mengambil masa beberapa ketika untuk ‘memahami’ situasi puasa itu sendiri. Metabolisma badan mungkin akan jatuh sedikit berbanding biasa untuk minggu yang pertama, namun selepas itu kadar metabolisma akan menjadi kekal (walaupun lebih rendah berbanding sebelum berpuasa, namun selepas seminggu berpuasa, metabolisma kita tidak akan terus jatuh). Ingatlah bahawa badan kita merupakan sebuah ‘mesin yang fleksibel’.

4 – Peratusan lemak badan tinggi (gemuk)
Gula adalah karbohidrat yang paling mudah untuk ditukar kepada glycogen, dan disimpan ‘sementara’ di dalam sel-sel otot sebelum digunakan. Namun, glycogen yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak, dan ini merupakan punca utama kegemukan rakyat Malaysia. Sel lemak berguna kepada kita, namun pada kuantiti yang kecil. Seseorang atlet bina badan boleh mencapai 3% lemak badan (body fat), dan itu merupakan jumlah yang paling minimum dibenarkan. Mustahil untuk mendapat 0% lemak badan kerana selaku benda hidup, kita masih memerlukan lemak. Secara purata, rakyat Malaysia berbadan ideal mempunyai 20% lemak badan, manakala yang obes pula mempunyai lebih 36% lemak badan.

Apa kaitannya lemak badan dengan metabolisma? 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot, dan menggunakan kurang kalori berbanding yang sepatutnya bererti kadar metabolisma adalah rendah. Mereka yang mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding mereka yang mempunyai peratusan lemak badan yang rendah, walaupun kedua-duanya mempunyai berat dan ketinggian yang hampir sama.

 
5Mengikut gaya sang pemalas
Berjalan ke pasar dengan perlahan-lahan, menyuruh si adik kecil mengambil segelas air di dapur (walaupun diri sendiri mampu melakukannya), lebih banyak duduk berehat berbanding berjalan dan berdiri; semua aktiviti ini dapat merendahkan kadar metabolisma.



6Pakaian ‘pemanas badan’
Tips ini merujuk kepada mereka yang menetap/berkunjung ke kawasan-kawasan yang dingin. Apabila berada di kawasan yang dingin, hormon Thyroid, regulator kepada basal metabolic rate, akan meningkat (BMR meningkat, metabolisma juga meningkat), bertujuan untuk menyesuaikan suhu tubuh badan dengan persekitaran yang dingin. Memakai ‘pakaian panas’ akan mengurangkan lagi jumlah tenaga yang terbebas (dari badan kita) dalam bentuk suhu ke persekitaran, sekaligus merendahkan sedikit kadar metabolisma.

7Pengambilan kalori yang terlalu rendah
Situasi ini juga mempunyai kesan yang sama seperti situasi (1). Jika ingin turun berat badan, tolak 500-600kcal daripada yang sepatutnya sudah mencukupi, lebih daripada tu, NO. Disamping kekurangan sumber bahan bakar, badan akan kekurangan nutrien yang sepatutnya boleh didapati daripada sumber yang pelbagai (ikan, sayur-sayuran, buah-buahan). Pengambilan kalori yang terlalu rendah akan mengehadkan semua ini. Kesan ketaranya, badan akan menjadi lemah lesu, kesan antibodi dan daya-tahan tubuh badan menjadi lemah, sehinggakan untuk pulih sepenuhnya daripada selesema pun memakan masa sehingga sebulan lebih. Semua ini merujuk kepada ‘rendah kadar metabolisma’.

8Elak minuman sejuk
Dalam tips meningkatkan kadar metabolisma, aku ada menyentuh tentang air sejuk. Kononnya, badan akan menggunakan lebih kalori untuk menyesuaikan (menyuamkan) air sejuk yang diminum, kepada suhu badan. Oleh yang demikian, secara logiknya, mengelak minum air sejuk akan merendahkan metabolisma, bukankah begitu?

9Elak makanan pedas dan berempah
Terdapat kajian yang menunjukkan rempah ratus seperti cili, lada, serbuk kunyit, kari, dan jintan mampu meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Dengan mengelak makanan yang pedas dan berempah, metabolisma kita mungkin menjadi rendah.

10Kurang bersenam
Percaya atau tidak, kekuatan fizikal sebenar manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak kepada sejauh mana besarnya otot badan. Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan efisien tanpa sebarang gangguan. Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan keseluruhan badan, supaya otot-otot dan organ-organ dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, jantung adalah enjin kita, jantung adalah penentu sejauh mana badan kita lancar berfungsi, dan semua fenomena ini berkait rapat dengan istilah Metabolisma – sehebat mana badan kita bekerja. Anggap sahaja senaman merupakan salah satu cara untuk kita servis enjin, yakni jantung kita. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi jika enjin kereta jarang diservis? Bagaimana dengan performance kereta tersebut?

Di samping itu, senaman yang fokus kepada otot-otot (senaman pemberat atau weight training) juga mampu menggalakkan pertumbuhan otot (jika kena pada dietnya). Jika kita jarang bersenam, badan kita bukan sahaja ‘kurang’ otot, malah lemak-lemak juga semakin berkumpul, dan 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot (rendah kadar metabolisma).






Buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, SILA ELAKKAN perkara-perkara di atas, dan ikut tips untuk meningkatkan Metabolisma. Buat mereka yang ingin menaikkan berat badan, tips di atas mungkin membantu, namun tidak berapa galakkan. Ingatlah, kalau nak naikkan berat badan tu, biarlah secara berhemah dan sihat.




Sumber dari sususejat.com

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..