11 April 2013

Kira BMI dan Waist- Hip Ratio Anda

Assalamualaikum semua.. Ari ni meh kita belajar macam mana nak kira BMI badan kita dan Waist hip ratio yang sesuai.. Ni pun terjumpa dalam internet masa menjelajah cari something.. Meh kita tengok kat bawah nih..

 
 
 
FORMULA MENGIRA BERAT BADAN IDEAL (BMI)




Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) / Ketinggian (m) x Ketinggian (m)



Contoh :



Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
 

Mula-mula darabkan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
 

Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah
 
 
22.6
 



Sekiranya BMI anda :



* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

 
 
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
 
 
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan


 
 
* 30 dan keatas,anda mempunyai penyakit OBESITI


 





Lagi satu klik lerr web yang letak kat bawah untuk kira BMI dan Waist-Hip Ratio sendiri.. Tak payah
 
 
susah-susah nak tekan kalkulator dah.. Cuba klik web nih Nestle .. 


 

 
 
Untuk kira Waist Hip Ratio ada perbezaan la untuk lelaki dan perempuan.. sori la dapat pun dalam english..
 
 
 
 


Bagi saya, BMI saya memang underweight.. Dah tak tau macam mana nak normalkan BMI badan nih.. Waist-Hip Ratio plak ok2 jer.. Korang macam mana plak???






No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..