28 December 2012

Petua Untuk Menghalau Lalat

Minggu ni penuh petua dalam blog nih kan.. Nak buat macam mana, dalam dok mencari petua nih skali la masukkan dalam blog untuk kawan-kawan berkongsi petua ni bersama.. Mana la nak tau masa kawan-kawan tengah bukak blog ni , kawan-kawan jugak menghadapi masalah sama dengan saya.. Boleh jugak berkongsi maklumat yang ada kan.. Balik ni baru nak try petua yang baru dapat nih.. Berkesan ke tak, kena tunggu la saya cuba dulu..



Pilihan 1:
  • Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau ditempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
  • Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
Pilihan 2:
Sekiranya anda berhajat membuat kenduri malangnya lalat banyak menghurung, letakkan beberapa potong kulit kayu manis di atas meja hidangan. Lalat akan beredar.

Pilihan 3:
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 4:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 5:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang sedang berada di meja makan anda.

Petua 6:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak dan tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..