03 November 2011

Penjagaan Wajah Rahsia Kecantikan Kulit


Kulit masyarakat Asia mempunyai lebih banyak kelenjar sebaceous, epidermis tebal dan sel melanin yang besar berbanding pemilik kulit Caucasian. Memandangkan kelenjar sebaceous menghasilkan minyak sebum pada kulit, penghasilannya yang berlebihan menyebabkan beberapa masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam. Kulit masyarakat Asia juga mudah terbakar akibat kecenderungan terdedah kepada sinar matahari. Kulit orang Asia mempunyai jumlah Melanocytes yang lebih tinggi berbanding kulit Caucasian, oleh kerana itu, ia lebih mudah terbakar. Untuk mengelak ini daripada berlaku produk dengan SPF tinggi (25 atau lebih) perlu digunakan setiap hari.


CARA MEMILIH PRODUK PENJAGAAN KULIT MENGIKUT JENIS KULIT MUKA

Biar apa pun jenis kulit, anda perlu sentiasa memiliki alat penjagaan kulit yang baik termasuk pembersih muka, penyegar dan juga pelembap. Pembersih muka, penyegar, dan pelembab merupakan asas untuk anda memiliki kulit yang cantik dan bebas dari cela.


KULIT BERMINYAK

Jika anda memiliki kulit berminyak, ia bukanlah satu masalah besar. Kebanyakan pembersih muka yang terdapat di pasaran adalah khusus buat pemilik kulit berminyak. Paling penting adalah cara anda menjaga kesihatan dan kebersihan kulit anda. Bagi mengatasi kulit berminyak yang teruk, berikut adalah perkara yang harus anda lakukan:-

Kaedah Penjagaan Kulit Berminyak

 1  Cuci kulit muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Jika kulit anda berminyak, pembersih muka yang disarankan adalah yang berasaskan gel atau berbuih. Ini dapat membantu membersihkan pori dan menyingkirkan minyak berlebihan. Cari pencuci muka yang khusus untuk kulit berminyak.


 2  Guna penyegar untuk menyingkirkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Tuangkan penyegar pada kapas muka dan sapukan pada wajah dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang terlindung seperti bahagian tepi hidung.


 3  Gunakan skrub untuk membuang sel kulit kotor pada wajah sekali atau dua kali seminggu. Ia adalah proses pengelupasan untuk membersihkan wajah sepenuhnya dan menggalakkan pembentukan sel baru. Jika anda mengalami masalah jerawat, gosok wajah anda dengan perlahan-lahan. Pilih scrub yang lembut.


 4  Gunakan masker setiap minggu. Terdapat banyak jenis masker yang boleh membantu membersihkan pori dan mengecilkannya. Saiz pori besar merupakan perkara biasa pada kulit berminyak. Untuk melihat hasilnya, pakai masker secara konsisten.


 5  Jangan risau untuk menggunakan pelembab. Kebanyakan pemilik kulit berminyak akan berasa risau untuk memakai pelembab kerana khuatir kulit akan tambah berminyak. Sebenarnya, kulit amat memerlukan pelembab. Pilih serum untuk melembabkan kulit wajah anda.



KULIT KOMBINASI

Jika anda memiliki kulit berminyak atau kombinasi, biasanya anda akan mengalami masalah di zon T. Ini merupakan kawasan yang lazimnya akan berlaku minyak berlebihan, jerawat, dan bintik hitam. Perkara yang boleh  anda lakukan untuk memastikan kulit anda lebih sihat adalah dengan menggunakan pembersih yang betul. Jika anda ingin mengatasi minyak berlebihan, pilihlah pembersih berbentuk gel. Memilih pembersih muka yang mengandungi Astringents juga membantu, tetapi kulit anda harus benar-benar berminyak. Jika tidak, kulit anda akan kelihatan kering dan menegang.


 1  Gunakan masker khusus untuk kawasan zon T. Gunakan seminggu sekali dan pilihlah yang diformulasikan untuk masalah jerawat dan kulit berminyak. Cari masker yang mengandungi bahan T-3 atau tanah liat. Jika pipi anda kering, gunakan masker ini di kawasan zon T sahaja.


 2  Dapatkan porestrips. Ini adalah cara yang baik untuk membersihkan liang pori anda, terutamanya jika anda mempunyai bintik hitam. Pastikan anda menggunakan penyegar selepas anda membuang strips berkenaan untuk menutup pori yang terbuka tadi.



KULIT KERING

 1  Minum lapan gelas air setiap hari untuk memastikan kulit anda tidak kering. Banyakkan buah-buahan dan sayur dalam menu harian anda. Kurangkan pendedahan di bawah cahaya.


 2  Basuh wajah anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka yang diformulasikan untuk kulit kering. membasuh muka dengan kerap boleh menyebabkan kulit anda semakin kering.


 3  Jangan mandi terlalu lama dan gunakan air suam berbanding air panas. Cuba hadkan untuk mandi sekali sehari. Gunakan sabun dari ekstrak lembut seperti susu dan teh hijau. Gunakan apabila perlu sahaja.



KULIT SENSITIF

Kulit sensitif terjadi disebabkan oleh tekstur kulit yang nipis dan lembut serta mempunyai kecenderungan untuk berjerawat. Mereka yang mempunyai kulit sensitif juga mempunyai kapilari yang bermasalah dan akan mengalami kulit kemerahan apabila terdedah pada matahari, angin atau faktor luar yang lain. Pemilihan produk penjagaan kulit bagi masalah kulit sensitif adalah yang tidak mengandungi pewangi, bahan berasid, minyak berlebihan ataupun bahan yang boleh menyebabkan aergik.


 1  Bersihkan kulit wajah dua kali sehari menggunakan pembersih muka berbuih sederhana. Elakkan menggunakan skrub jika anda mempunyai kulit sensitif.


 2  Elakkan pelembab berasaska krim. Gunakan pelembab berasaskan air yang tidak mengandungi bahan berminyak. Gunakan ia selepas membersihkan wajah anda. Gunakan pelembab yang berbeza untuk bahagian leher kerana kulitnya tidak sama seperti kulit wajah.


 3  Alat solek jenis mineral adalah yang paling bagus untuk kulit sensitif.




Sumber dari majalah dara.com

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..