10 October 2011

Kek Pop Mudah Disedia


ADAKAH mudah menghasilkan kek pop? Senang, tidak sesusah mana. Malah, ia sesuai dibuat untuk tetamu yang tiba-tiba menelefon mahu datang ke rumah.

Apa yang penting bahannya ada di rumah. Bahan penting iaitu kek mentega pula boleh digantikan dengan kek pelbagai perisa lain misalnya kek pandan.



Resepi Kek Pop

Bahan A: kek
1 kg kek (contoh: butter, chocolate, red velvet) dihancurkan guna tangan sahaja.

Bahan B: creamcheese
250g cream cheese
120g gula icing (diayak)
120g mentega/whipping cream (optional)

Campur kesemua bahan-bahan dan putar hingga kembang


Bahan C:
200g Dark Chocolate (atau secukupnya)

Cara-cara
1) Gaulkan bahan B dalam bahan A sampai rata
2) Buatkan bentuk bulat
3) Susun atas loyang dan letakkan dalam peti ais (chiller) selama 20 minit
4) Cairkan bahan C
5) Keluarkan 3 dari chiller dan celupkan dalam bahan C yg telah dicairkan
6) Hias mengikut cita rasa
7) Masukkan semula ke dalam chiller untuk keraskan choc tadi
8) Sedia untuk dihidang

Nota: Dark choc boleh di gantikan dengan choc masakan ataupun milk chocolate. Tapi dark choc lebih sesuai kerana kurang kandungan gula.


** selamat mencuba **




Sumber dari Rozalawati Ngah (http://dlittlekitchen.blogspot.com)


Tetiba jer terbaca artikel ni dalam harian metro.. Menarik tengok.. Teringin jugak nak rasa.. Nak buat ntah bila zaman ler.. Bahan2 dan peralatan untuk buat kek tak penah ada kat umah pun.. Hehehe.. Lagipun anak2 tak berapa minat sangat dengan kek nih.. Kerap beli ja dalam bentuk slice tu..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..