06 May 2011

Mengatasi Anak Suka Gigit Kuku


Ada banyak alasan kenapa si kecil suka menghisap jari atau menggigit kuku. Kebanyakan mereka sekadar ingin tahu apa rasanya, mengatasi rasa bosan, stres atau menutupi rasa takut. Kebiasaan seperti ini disebut sebagai nervous habit iaitu kebiasaan yang disebabkan oleh perasaan takut atau gelisah.

Selain kebiasaan menggigit kuku, ada juga kebiasaan yang lain misalnya menghisap jari, memainkan rambut dan merapatkan gigi. Jika tidak ditangani segera, kebiasaan ini terbawa sampai dewasa.

Apabila si kecil melakukan kebiasaan ini secara tidak berlebihan dan tidak melukai dirinya, juga secara tidak sedar (misalnya sedang melihat TV), maka anda tidak perlu cemas. Itu hanyalah cara kanak-kanak mengatasi stres ringan. Kemungkinan besar kebiasaan ini akan berhenti dengan sendirinya. Namun apabila kebiasaan menggigit kuku tetap berlaku dan sukar untuk dielakkan, anda perlu melakukan cara-cara seperti berikut untuk menghilangkan kebiasaan tersebut :-

1 Cari penyebabnya
Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah bertanyakan pada si kecil mengapa dia gelisah. Selalunya kita hanya melarang anak-anak daripada melakukan tabiat buruknya tanpa mengetahui punca sebenar perbuatan tersebut. Seharusnya ibu bapa perlu mengkaji penyebabnya dan berfikir sama ada si kecil mengalami stres ataupun tidak. Anda perlu bersabar untuk menghadapi situasi ini kerana tidak semestinya anak anda akan mendengar larangan anda. Apa yang penting ialah kesabaran dalam mengatasi masalah ini. Cuba atasi dengan cara positif dan bersabar.

2 Jangan marah
Perbuatan menggigit kuku sering dilakukan tanpa sedar. Justeru, elakkan daripada bertindak memarahi atau memaksanya menghentikan kebiasaannya itu. Sebaiknya beritahu si anak secara perlahan-lahan kerana mereka lebih suka dipujuk daripada dimarahi.

3 Tentukan batasan
Ingatkan pada anak anda bahawa perbuatan menggigit kuku adalah perbuatan tidak sopan dan tidak boleh dilakukan di depan orang lain. Katakan juga pada anak anda bahawa perbuatannya itu akan mengganggu orang lain. Bicara dengan lembut dan berhemah mengenai tabiatnya itu. Tidak perlu menekan atau memaksanya menghentikan tabiat tersebut secara drastik kerana ia akan membuat si kecil bertambah stres. Semakin kurang anda memaksanya, semakin mudah untuk anak anda menghentikan kebiasaannya itu.

4 Diskusi bersama
Ajak anak anda untuk membicarakan mengenai tabiat buruknya, kesan terhadap perbuatannya dan cara penyelesaiaannya. Misalnya anak anda mahu anda ingatkannnya jika lupa, anda ankan mengingatkan bile merasa terganggu.

5 Beri bantuan
Buat persetujuan bagaimana cara anda mengingatkan, terutama bila di depan umum. Misalnya dengan bahasa isyarat agar tidak disedari orang di sekeliling. Menegur secara terbuka mungkin akan menyebabkan dia berasa malu dan rendah diri. Biarpun ada kala ejekan rakan-rakan juga dapat membantu anak anda menghentikan tabiat buruknya itu dengan lebih cepat.

6 Tawarkan alternatif
Bila anak anda ada keinginan untuk menggigit kuku, cepat-cepat alihkan dengan benda-benda yang lain. Biarkana anak anda leka sehingga dia lupa untuk melakukan tabiatnya itu. Selain itu, suruh anak anda tarik nafas dalam-dalam dan gunakan teknik teknik relaks yang lain supaya berasa lebih lega.

7 Elak kecederaan
Menggigit kuku dianggap sebagai tanda kegelisahan yang berlebihan. Tabiat ini boleh mendatangkan kemudaratan ke atas diri si kecil sehingga menyebabkan kuku dan jari terluka dan berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor atau mendapatkan bantuan psikologi sekiranya tabiat anak anda itu tidak dapat diatasi.


Sumber dari majalah keluarga harmoni


Boleh cuba praktik nih, mungkin boleh hilangkan tabiat menggigit kuku anak nie..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..