31 May 2011

Cara untuk mengatasi masalah bibir


Bibir merupakan bahagian tubuh yang terdedah sehingga perlu dirawat secara khusus. Kecantikan seorang wanita tidak lepas dari pesona bibir. Gerakan bibir ketika berbicara tidak terlepas menjadi perhatian kepada lawan bicara. Itulah sebabnya, lipstik merupakan salah satu penghias wajah yang tidak dilupakan. Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk berhias, biasanya calitan lipstik tetap sempat dicalitkan ke bibir anda. Tetapi, tahukah anda bahawa setiap hari tugas berat perlu dihadapi oleh bibir anda dan ada pelbagai perkara yang boleh merosakkan kecantikannya.



Mengenali Bibir

Cuba perhatikan sejenak bibir anda di cermin. Apakah anda dapat melihat bahawa bibir anda hanya mendapat sedikit perlindungan? Lapisan bibir adalah sangat tipis dan sangat berbeza dengan lapisan kulit yang lain. Pada bahagian bibir tidak terdapat kelenjar lemak dan tidak ditumbuhi rambut-rambut halus yang dapat melindunginya. Bibir juga sangat peka pada sinaran matahari sehingga perlu mendapat perlindungan dari sinaran matahari.

Sebagai salah satu fungsinya, bibir menjadi tempat memasukkan makanan dan minuman setiap hari dalam jumlah yang cukup banyak. Padahal pada makanan dan minuman tersebut memang mengandungi zat yang dapat merosakkan bibir.

Keadaan fizikal bibir yang begitu terdedah dan masalah dari luar yang dihadapinya membuat bibir memerlukan perlindungan khusus baik dari dalam mahupun dari luar tubuh.



Penyebab yang Merosakkan Bibir dan Penyelesaiannya

Berikut ini beberapa hal yang boleh menyebabkan bibir rosak, antara lain adalah seperti berikut:



Kosmetik
Lipstik atau kosmetik lain untuk bibir yang tidak sesuai atau telah luput dapat membuat bibir menjadi rosak yang menyebabkan munculnya tompok kemerahan dan gatal pada bibir.

Penyelesaiannya: Perhatikan kandungan yang terdapat pada kosmetik sebelum membelinya. Lihat tarikh luput kosmetik dan buang jika kosmetik kelihatan sudah rosak. Jaga kebersihan kosmetik agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria, simpan di tempat yang sepatutnya dan bersihkan bibir sebelum menggunakan lipstik agar kotoran yang ada pada bibir tidak akan berpindah ke lipstik yang boleh menyebabkan lipstik tercemar.


Sinar Matahari
Sinar Ultraviolet (UV) yang ada pada sinaran matahari ini dapat merosakkan bibir. UV tersebut dapat membuatkan bibir menjadi pecah, terbakar, bengkak atau timbul bintik-bintik berwarna coklat. Hal yang lebih serius disebabkan oleh sinaran matahari sehingga boleh menyebabkan kolagen yang terdapat pada bibir menjadi rosak. Akibat dari kerosakan kolagen ini ialah munculnya kerutan pada bibir.

Penyelesaiannya: Gunakan lip balm yang mengandungi SPF 15 jika anda hendak keluar rumah. Jika anda akan menghabiskan banyak masa di luar rumah, anda dapat mengulangi pemakaian lip balm.


Tabiat yang boleh Merosakkan
Tabiat menggigit bibir, membuka sesuatu menggunakan gigi atau membasahi bibir dengan air liur harus dihindari. Kebiasaan tersebut dapat menyebabkan bibir menjadi pecah dan luka.

Penyelesaiannya: Ingat bagaimana kerosakan yang boleh terjadi akibat kebiasaan tersebut, maka cubalah untuk segera menghentikan kebiasaan tersebut.


Penuaan
Seiring dengan bertambahnya umur, kandungan kolagen pada bibir turut menurun sehingga bibir tidak lagi kelihatan kenyal. Penuaan pada bibir tampak dari bibir yang terlihat kasar, berkerut dan kelihatan garis-garis halus. Tetapi, bibir juga dapat mengalami penuaan awal sebelum waktunya. Penyebab penuaan awal pada bibir antara lain adalah sinaran matahari, radikal bebas dalam tubuh, makanan dan minuman yang dimakan serta nikotin yang terdapat pada rokok.

Penyelesaiannya: Penggunaan lipbalm tetap diperlukan agar terhindar dari penuaan awal akibat dari sinaran matahari. Cara penyelesaian lainnya adalah dengan mengurangkan makanan dan minuman yang dapat merosak seperti makanan yang digoreng, kopi, teh dan hentikan tabiat merokok. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran terutama yang banyak mengandung vitamin B dan C yang sangat baik agar bibir kelihatan segar.


Kanser
Salah satu penyakit yang berbahaya dan boleh merosakkan bibir adalah kanser. Kanser mulut lebih mudah dialami jika ada sejarah keluarga yang menghidapinya. Penyebab lainnya adalah sinaran matahari, rokok dan minuman beralkohol.

Penyelesaiannya: Hentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol serta tetap lindungi bibir dari sinaran matahari dengan menggunakan lipbalm yang mengandung UV protection.


Selain cara penyelesaian di atas yang dapat menghindari kerosakan pada bibir. Anda juga dapat melakukan rawatan pada bibir agar kelihatan cantik misalnya dengan banyak minum air putih dan mengoleskan madu pada bibir sebelum tidur. Hal tersebut boleh membuatkan bibir menjadi lembab dan kelihatan indah.




Sumber disunting dari http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan/

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..